Tuesday, May 29, 2007

Perjumpaan AJK MSAA Dengan Para Pelajar Malaysia


Pada hari Sabtu ini (2 June 2007) bertempat di Chaplaincy Centre University of Aberdeen akan diadakan suatu perjumpaan antara para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Aberdeen (Aberdeen University dan Robert Gordon University).

Perjumpaan ini bertujuan untuk menghimpunkan semua pelajar Malaysia dan memperkenalkan AJK PROTEM MSAA.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk dilaksanakan pada hari tersebut, antaranya termasuklah sesi pengenalan, ice breaking, jamuan dan fotografi.

Maklumat:

Tempat: Chaplaincy Centre, University of Aberdeen
Tarikh: 2 june 2007, Sabtu
Masa: 11 am
Jemputan: Semua pelajar Malaysia di Aberdeen tanpa mengira agama, keturunan, tahap pengajian, tahun pengajian, atau pihak penaja masing-masing. Selagimana anda bergelar pelajar, anda dijemput datang ke majlis ini.

Silalah datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian.




Monday, May 28, 2007

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba MSAA kembali setelah sekian lama tidak mendengar berita kan?


Untuk makluman semua, buat masa sekarang pentadbiran MSAA dipegang oleh jawatankuasa PROTEM (sementara) yang terdiri daripada para pelajar Postgrads & Undergrads
University of Aberdeen.


Jawatankuasa PROTEM ini ditubuhkan atas inisiatif beberapa orang pelajar postgrads
apabila mendapati tempoh jawatankuasa MSAA sesi 2005/2006 telah tamat tempoh perlantikannya dan tiada Annual General Meeting (AGM) dijalankan untuk memilih AJK baru untuk sesi 2006/2007. Oleh itu, pihak Malaysian Student Department (MSD) London telah bersetuju agar jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengaktifkan kembali MSAA sementara menunggu AGM kan datang (pada bulan September/ October) bagi menyelaras sebarang aktiviti yang bakal dirancang selaras dengan perlembagaan MSAA.


Ahli Jawatankuasa MSAA pada masa sekarang ialah:


Majlis Tertinggi
1. Pengerusi:
En Shazli Ezzat Ghazali

2.
Timbalan Pengerusi:
En Burhanuddin Salim

3.
Setiausaha:
Pn Nor Omaima Harun

4.
Timbalan Setiausaha:
Cik Wong Pui Li

5.
Bendahari:
En Mohd Lizam Md Diah


Ketua-ketua Biro
1.
Ketua Biro Penerbitan:
Pn Rozita Ibrahim

2.
Ketua Biro Publisiti:
En. Mohd Khairul Fadzly

3.
Ketua Biro Kebajikan dan Logistik:
En. Wan Ahmad Asyraf

4.
Ketua Biro Modal Insan:
En Mahadir Ahmad

5.
Ketua Biro Sukan dan Akademik:
En Wan Hamizi Wan Taha

6.
Ketua Biro Protokol:
Cik Siti Nawwal Ahmad Nasfy

Dengan pengaktifan semula MSAA diharapkan SEMUA pelajar Malaysia di Aberdeen dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang.

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog Malaysian Student Association of Aberdeen (MSAA) atau Persatuan Pelajar Malaysia Aberdeen (PPMA) sesi 2007/2008. Laman blog ini diwujudkan untuk memberi maklumat secara informal kepada semua pelajar Malaysia yang sedang belajar di Aberdeen tanpa mengira kaum, agama, atau tahap/bidang pengajian masing-masing. Sebarang komen atau cadangan adalah amat dialu-alukan.