Tuesday, May 29, 2007

Perjumpaan AJK MSAA Dengan Para Pelajar Malaysia


Pada hari Sabtu ini (2 June 2007) bertempat di Chaplaincy Centre University of Aberdeen akan diadakan suatu perjumpaan antara para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Aberdeen (Aberdeen University dan Robert Gordon University).

Perjumpaan ini bertujuan untuk menghimpunkan semua pelajar Malaysia dan memperkenalkan AJK PROTEM MSAA.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk dilaksanakan pada hari tersebut, antaranya termasuklah sesi pengenalan, ice breaking, jamuan dan fotografi.

Maklumat:

Tempat: Chaplaincy Centre, University of Aberdeen
Tarikh: 2 june 2007, Sabtu
Masa: 11 am
Jemputan: Semua pelajar Malaysia di Aberdeen tanpa mengira agama, keturunan, tahap pengajian, tahun pengajian, atau pihak penaja masing-masing. Selagimana anda bergelar pelajar, anda dijemput datang ke majlis ini.

Silalah datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian.




No comments: