Saturday, June 30, 2007

Summer is Here!!!



Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar Aberdeen yang akan mula/telah bercuti pada bulan July ini. Kepada para pelajar yang berada di Malaysia, diharapkan anda memanfaatkan masa yang ada dan jangan abaikan pelajaran. Cuti-cuti juga, buku jangan lupa!


Kepada pelajar yang tidak pulang ke Malaysia pada musim panas ini, tentu anda tahu yang musim panas =.....fruit picking! Sehubungan dengan itu, untuk mengelakkan anda semua berasa bosan (!) pihak MSAA bercadang untuk mengadakan program strawberry picking pada 22 July 2007. Tempat, pengangkutan dan akiviti-aktiviti sampingan akan ditentukan pada mesyuarat seterusnya. Nantikan maklumat selanjutnya tidak lama lagi =)



sekian.

Perancangan aktiviti MSAA

Berturutan daripada kejayaan PROTEM MSAA mengadakan program pertama pada awal Jun yang lepas, beberapa idea-idea baru berkenaan aktiviti seterusnya telah diutarakan.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ini bertujuan untuk melibatkan para pelajar dalam aktiviti yang berfaedah serta mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama pelajar. Selain itu, semua aktiviti yang bakal dirancangkan ini diharap dapat menaikkan imej Persatuaan Pelajar Malaysia Aberdeen (MSAA) sebagai sebuah persatuan pelajar yang aktif dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan para pelajar.

Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah:

1. Meraikan para pelajar yang bakal menerima ijazah -Awal July 2007
2. Strawberry picking -Pertengahan July 2007
3. Sambutan Kemerdekaan -31 Ogos 2007
4. Hari Sukan September- 2007
5. Fresher's Fair September -2007

Diharapkan semua aktiviti yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pelajar.

Sekian.

Saturday, June 09, 2007

Perjumpaan AJK PROTEM dan Para Pelajar Aberdeen


Alhamdulillah sepertimana yang telah dirancangkan, pada 2 Jun yang lepas suatu perjumpaan antara AJK PROTEM MSAA dan para pelajar Aberdeen telah berjaya dilakasanakan. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Chaplaincy University of Aberdeen dan sambutan yang diterima adalah menggalakkan.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
1. Pendaftaran para pelajar yang belum mendaftar sebagai ahli MSAA
2. Nyanyian lagu kebangsaan
3. Pengenalan tentang PROTEM MSAA,
4. Suai kenal
5. Ice breaking
6. Fotografi beramai-ramai
7. Jamuan tengah hari

Saudara Michael selaku pengerusi majlis telah berjaya menjalankan tugas beliau dengan sempurna sehingga selesai majlis dijalankan. Selain itu, ingin diucapkan penghargaan juga kepada Saudara Mahadir yang telah berjaya menjalankan aktiviti Ice Breaking yang amat menarik, berinformasi dan berjaya menanamkan semangat cintakan negara kepada semua ahli yang hadir. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli AJK lain yang menyelenggarakan tempat perjumpaan, aturcara majlis, makanan, sesi fotografi dan lain-lain lagi. Syabas diucapkan!

Pada keseluruhannya, perjumpaan pada hari tersebut telah memberi banyak informasi kepada para pelajar Aberdeen tentang PROTEM MSAA serta memberi ruang kepada para pelajar untuk berkenalan antara satu sama lain.

Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua AJK PROTEM yang telah bersusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan aktiviti pada hari tersebut. Semoga aktiviti-aktiviti seterusnya akan dapat dijalankan dengan sempurna sepertimana yang telah dirancangkan.

Sekian.