Sunday, October 21, 2007

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri '07


Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, pihak MSA Aberdeen akan menganjurkan suatu majlis sambutan Hari Raya pada awal bulan November akan datang.

Objektif utama majlis ini adalah untuk meraikan masyarakat Islam Malaysia yang baru selesai mengerjakan ibadah puasa pada 12 Oktober yang lepas disamping memperkenalkan sambutan Aidilfitri kepada masyarakat Malaysia di Aberdeen amnya serta warga asing yang dijangka bakal turut serta dalam meramaikan lagi sambutan Aidilfitri ini.

Selari dengan objektif diatas, majlis ini juga bakal mengeratkan tali silaturrahim dan persahabatan diatara setiap warga Malaysia di Aberdeen yang berbilang kaum.

Selain itu, majlis ini juga akan membantu menjana dana MSA Aberdeen bagi memudahkan lagi penganjuran program-program akan datang.

Antara hadirin yang bakal memeriahkan lagi majlis ini termasuklah pegawai Malaysian Student Department (MSD) yang akan dijemput khas dari London serta warga asing berbilang kaum yang ingin turut serta merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Aberdeen.

Tiket masuk berharga GBP 5.00 untuk dewasa, GBP 2.00 untuk kanak-kanak 12-18 thn, dan percuma untuk bawah 12 tahun.

Program: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri '07

Tempat: Linksfield Community Centre, 520 King St, AB25 2NS
map: click here

Tarikh: Sabtu, 03 November 2007

Masa: 10.45 am hingga 2pm

Tiket Masuk:
Dewasa GBP 5.00
Kanak-kanak 12-18 thn: GBP 2.00
Kanak-kanak bawah 12 tahun: Percuma

Menu istimewa:

1) Satay dan Kuah kacang
2) Nasi Lemak + sambal + kacang
3) Nasi Himpit
4) Rendang
5) Lontong

Jemputan:

1) Jemputan khas: Pegawai MSD London

2)Seluruh masyarakat Malaysia di Aberdeen tanpa mengira agama, kaum, keturunan, peringkat pengajian atau University masing-masing.

3) Warga asing di Aberdeen yang ingin turut serta meraikan majlis sambutan ini.

Anda semua dialu-alukan untuk hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Raya ini. Jangan lepaskan peluang anda!


sekian.




Monday, October 08, 2007

Majlis Suai Kenal Para Pelajar Malaysia 2007


Suatu majlis suai kenal akan diadakan pada pertengahan minggu ini yang bakal melibatkan semua pelajar-pelajar baru AU. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru disamping merapatkan lagi hubungan diantara para pelajar Malaysia di Aberdeen.

Berkesempatan dengan bulan Ramadhan ini juga, suatu majlis berbuka puasa ringkas akan diadakan sejurus selesai sesi suai kenal. Makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak MSAA.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Majlis Suai Kenal Pelajar-pelajar Malaysia 2007

Tarikh: Rabu 10 October 2007
Masa: 4.00 p.m. - 7.00 p.m.
Tempat: NK10 Lecture Theatre, New King's, Old Aberdeen
Aktiviti: Sesi Pengenalan dan Majlis Berbuka Puasa
Jemputan: Semua pelajar Malaysia di Aberdeen University

Peta ke New Kings boleh didapati di sini ( #19): klik

sekian.

Saturday, September 15, 2007

Selamat Datang ke Aberdeen!

Malaysian Student Association of Aberdeen 07/08 ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Malaysia yang baru tiba di Aberdeen untuk memulakan sesi pengajian masing-masing pada bulan September ini. Diharapkan dengan ketibaan anda semua masyarakat Malaysia di bumi Aberdeen akan berkembang dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah Frasher's Fayre, Majlis Iftar dan Suai Kenal, Penerbitan Buletin MSAA, Pertandingan mencipta Logo MSAA ,pelbagai aktiviti sukan dan juga AGM yang akan dilaksanakan sebelum berakhirnya tahun 2007 ini. Diharapkan semua ahli MSAA dapat memberikan sedikit sebanyak komitmen untuk menjayakan aktiviti-aktiviti ini.

sekian.

Monday, August 13, 2007

Lawatan Pengarah MSD ke Aberdeen


Pada hari Rabu ini, suatu perjumpaan akan diadakan diantara pihak Malaysian Student Department (MSD) yang diwakili sendiri oleh En Ahmad Nazri (Director of MSD) dan Puan Aimah Aziz dengan seluruh masyarakat pelajar Malaysia di Aberdeen.

Perjumpaan ini bertujuan untuk bersemuka dengan rakyat Malaysia yang sedang belajar di Aberdeen disamping beberapa urusan rasmi diantara pihak MSD dan University of Aberdeen/Robert Gordon Uni.


Butiran selanjutnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 OGOS 2007 (Rabu)
Tempat : The Chaplaincy Centre, University of Aberdeen
Masa : 6.00 petang - 9.30 petang
Tetamu : 1) En.Ahmad Nazri Sulaiman (Director of MSD)
2) Puan Azimah Aziz (Education Attache)


Seluruh masyarakat pelajar Malaysia adalah disaran untuk menghadiri perjumpaan ini dan diharap dapat menyebarkan makluman berkaitan perjumpaan ini kepada para pelajar yang lain.


sekian.

Wednesday, July 18, 2007

Strawberry Picking


Suatu lawatan singkat ke ladang strawberry akan diadakan pada hujung minggu depan, melibatkan para pelajar Universitiy of Aberdeen yang tidak pulang bercuti.

Lawatan ini bertempat di Cairntradlin Farm, Dyce pada 28 July 2007 bermula jam 8 pagi. Pengangkutan akan disediakan bagi para pelajar yang tidak mempunyai kenderaan.

Selain daripada acara fruit picking, para pelajar juga akan dibawa ke car boot sale pada sebelah pagi sebelum bertolak ke ladang strawberry. Pada sebelah tengah hari, picnic (pot luck) akan diadakan di ladang strawberry sebelum para pelajar bersurai.


sekian.

Saturday, June 30, 2007

Summer is Here!!!



Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar Aberdeen yang akan mula/telah bercuti pada bulan July ini. Kepada para pelajar yang berada di Malaysia, diharapkan anda memanfaatkan masa yang ada dan jangan abaikan pelajaran. Cuti-cuti juga, buku jangan lupa!


Kepada pelajar yang tidak pulang ke Malaysia pada musim panas ini, tentu anda tahu yang musim panas =.....fruit picking! Sehubungan dengan itu, untuk mengelakkan anda semua berasa bosan (!) pihak MSAA bercadang untuk mengadakan program strawberry picking pada 22 July 2007. Tempat, pengangkutan dan akiviti-aktiviti sampingan akan ditentukan pada mesyuarat seterusnya. Nantikan maklumat selanjutnya tidak lama lagi =)



sekian.

Perancangan aktiviti MSAA

Berturutan daripada kejayaan PROTEM MSAA mengadakan program pertama pada awal Jun yang lepas, beberapa idea-idea baru berkenaan aktiviti seterusnya telah diutarakan.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ini bertujuan untuk melibatkan para pelajar dalam aktiviti yang berfaedah serta mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama pelajar. Selain itu, semua aktiviti yang bakal dirancangkan ini diharap dapat menaikkan imej Persatuaan Pelajar Malaysia Aberdeen (MSAA) sebagai sebuah persatuan pelajar yang aktif dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan para pelajar.

Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah:

1. Meraikan para pelajar yang bakal menerima ijazah -Awal July 2007
2. Strawberry picking -Pertengahan July 2007
3. Sambutan Kemerdekaan -31 Ogos 2007
4. Hari Sukan September- 2007
5. Fresher's Fair September -2007

Diharapkan semua aktiviti yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pelajar.

Sekian.