Sunday, October 21, 2007

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri '07


Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, pihak MSA Aberdeen akan menganjurkan suatu majlis sambutan Hari Raya pada awal bulan November akan datang.

Objektif utama majlis ini adalah untuk meraikan masyarakat Islam Malaysia yang baru selesai mengerjakan ibadah puasa pada 12 Oktober yang lepas disamping memperkenalkan sambutan Aidilfitri kepada masyarakat Malaysia di Aberdeen amnya serta warga asing yang dijangka bakal turut serta dalam meramaikan lagi sambutan Aidilfitri ini.

Selari dengan objektif diatas, majlis ini juga bakal mengeratkan tali silaturrahim dan persahabatan diatara setiap warga Malaysia di Aberdeen yang berbilang kaum.

Selain itu, majlis ini juga akan membantu menjana dana MSA Aberdeen bagi memudahkan lagi penganjuran program-program akan datang.

Antara hadirin yang bakal memeriahkan lagi majlis ini termasuklah pegawai Malaysian Student Department (MSD) yang akan dijemput khas dari London serta warga asing berbilang kaum yang ingin turut serta merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Aberdeen.

Tiket masuk berharga GBP 5.00 untuk dewasa, GBP 2.00 untuk kanak-kanak 12-18 thn, dan percuma untuk bawah 12 tahun.

Program: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri '07

Tempat: Linksfield Community Centre, 520 King St, AB25 2NS
map: click here

Tarikh: Sabtu, 03 November 2007

Masa: 10.45 am hingga 2pm

Tiket Masuk:
Dewasa GBP 5.00
Kanak-kanak 12-18 thn: GBP 2.00
Kanak-kanak bawah 12 tahun: Percuma

Menu istimewa:

1) Satay dan Kuah kacang
2) Nasi Lemak + sambal + kacang
3) Nasi Himpit
4) Rendang
5) Lontong

Jemputan:

1) Jemputan khas: Pegawai MSD London

2)Seluruh masyarakat Malaysia di Aberdeen tanpa mengira agama, kaum, keturunan, peringkat pengajian atau University masing-masing.

3) Warga asing di Aberdeen yang ingin turut serta meraikan majlis sambutan ini.

Anda semua dialu-alukan untuk hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Raya ini. Jangan lepaskan peluang anda!


sekian.




Monday, October 08, 2007

Majlis Suai Kenal Para Pelajar Malaysia 2007


Suatu majlis suai kenal akan diadakan pada pertengahan minggu ini yang bakal melibatkan semua pelajar-pelajar baru AU. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru disamping merapatkan lagi hubungan diantara para pelajar Malaysia di Aberdeen.

Berkesempatan dengan bulan Ramadhan ini juga, suatu majlis berbuka puasa ringkas akan diadakan sejurus selesai sesi suai kenal. Makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak MSAA.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Majlis Suai Kenal Pelajar-pelajar Malaysia 2007

Tarikh: Rabu 10 October 2007
Masa: 4.00 p.m. - 7.00 p.m.
Tempat: NK10 Lecture Theatre, New King's, Old Aberdeen
Aktiviti: Sesi Pengenalan dan Majlis Berbuka Puasa
Jemputan: Semua pelajar Malaysia di Aberdeen University

Peta ke New Kings boleh didapati di sini ( #19): klik

sekian.