Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba MSAA kembali setelah sekian lama tidak mendengar berita kan?
Untuk makluman semua, buat masa sekarang pentadbiran MSAA dipegang oleh jawatankuasa PROTEM (sementara) yang terdiri daripada para pelajar Postgrads & Undergrads University of Aberdeen.
Jawatankuasa PROTEM ini ditubuhkan atas inisiatif beberapa orang pelajar postgrads apabila mendapati tempoh jawatankuasa MSAA sesi 2005/2006 telah tamat tempoh perlantikannya dan tiada Annual General Meeting (AGM) dijalankan untuk memilih AJK baru untuk sesi 2006/2007. Oleh itu, pihak Malaysian Student Department (MSD) London telah bersetuju agar jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengaktifkan kembali MSAA sementara menunggu AGM kan datang (pada bulan September/ October) bagi menyelaras sebarang aktiviti yang bakal dirancang selaras dengan perlembagaan MSAA.
Ahli Jawatankuasa MSAA pada masa sekarang ialah:
Majlis Tertinggi
1. Pengerusi: En Shazli Ezzat Ghazali
2. Timbalan Pengerusi: En Burhanuddin Salim
3. Setiausaha: Pn Nor Omaima Harun
4. Timbalan Setiausaha: Cik Wong Pui Li
5. Bendahari: En Mohd Lizam Md Diah
Ketua-ketua Biro
1. Ketua Biro Penerbitan: Pn Rozita Ibrahim
2. Ketua Biro Publisiti: En. Mohd Khairul Fadzly
3. Ketua Biro Kebajikan dan Logistik: En. Wan Ahmad Asyraf
4. Ketua Biro Modal Insan: En Mahadir Ahmad
5. Ketua Biro Sukan dan Akademik: En Wan Hamizi Wan Taha
6. Ketua Biro Protokol: Cik Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Dengan pengaktifan semula MSAA diharapkan SEMUA pelajar Malaysia di Aberdeen dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang.
Monday, May 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment