Saturday, June 09, 2007

Perjumpaan AJK PROTEM dan Para Pelajar Aberdeen


Alhamdulillah sepertimana yang telah dirancangkan, pada 2 Jun yang lepas suatu perjumpaan antara AJK PROTEM MSAA dan para pelajar Aberdeen telah berjaya dilakasanakan. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Chaplaincy University of Aberdeen dan sambutan yang diterima adalah menggalakkan.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
1. Pendaftaran para pelajar yang belum mendaftar sebagai ahli MSAA
2. Nyanyian lagu kebangsaan
3. Pengenalan tentang PROTEM MSAA,
4. Suai kenal
5. Ice breaking
6. Fotografi beramai-ramai
7. Jamuan tengah hari

Saudara Michael selaku pengerusi majlis telah berjaya menjalankan tugas beliau dengan sempurna sehingga selesai majlis dijalankan. Selain itu, ingin diucapkan penghargaan juga kepada Saudara Mahadir yang telah berjaya menjalankan aktiviti Ice Breaking yang amat menarik, berinformasi dan berjaya menanamkan semangat cintakan negara kepada semua ahli yang hadir. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli AJK lain yang menyelenggarakan tempat perjumpaan, aturcara majlis, makanan, sesi fotografi dan lain-lain lagi. Syabas diucapkan!

Pada keseluruhannya, perjumpaan pada hari tersebut telah memberi banyak informasi kepada para pelajar Aberdeen tentang PROTEM MSAA serta memberi ruang kepada para pelajar untuk berkenalan antara satu sama lain.

Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua AJK PROTEM yang telah bersusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan aktiviti pada hari tersebut. Semoga aktiviti-aktiviti seterusnya akan dapat dijalankan dengan sempurna sepertimana yang telah dirancangkan.

Sekian.

No comments: